"Setiap mata yang tertutup tidak bererti ia tidur.....setiap mata yang terbuka tidak bererti ia melihat....."

Tuesday, June 5, 2012

RASUAH DAN KRONI

RASUAH DAN KRONI PENGHANCUR INSTITUSI KEADILAN DUNIA

Gejala rasuah di Malaysia memang sukar dibendung.Kerapkali berlaku tidak kira dalam apa saja penjawatan baik awam mahupun swasta.Paling terkilan bila penjawat awam bahagian penguatkuasaan undang-undang sendiri yang terlibat dengan gejala rasuah. Polis,JPJ, Majlis Perbandaran,Penguatkuasa Agama Islam,Imigresen, Kastam dan banyak lagi sektor dan bahagian yang terlibat.

Dilihat dari bukti-bukti sumber yang boleh dipercayai, pengalaman yang dilalui oleh rakan-rakan,pengalaman sendiri, media cetak dan lain2 sumber,amalan rasuah ini sebenarnya boleh dikatakan memang tidak dapat dibendung lagi.Walaupun ada di antara pegawai-pegawai yang menerima rasuah ini yang dicekup tetapi bolehkah kita pastikan berapa peratusan kes yang dilaporkan dengan kes-kes yang berlaku setiap hari yang tidak dilaporkan.?


Tidak kira parti politik apa sekali pun yang mentadbir kerajaan Malaysia, gejala rasuah ini sememangnya tiada penghujungnya buat masa kini.Sememangnya kita tidak mahu perkara seumpama ini berlaku tetapi ternyata inilah hakikat dunia masa kini. Negara kita Malaysia juga tidak lari dari sindrom sogok wang.



Kroni juga merupakan isu negatif yang mempelopori institusi dan organisasi dalam negara Malaysia. Perlaksanaan gejala kroni jugak memberikan kesan dan impak negatif pada negara.Yang menjadi mangsa adalah mereka yang tiada kuasa dan hubungan erat antara kakitangan swasta mahupun kerajaan yang terlibat. Fenomena ini memang sukar ditangani. Negara kita tidak mampu mengatasi perilaku kroni yang sering kali melenyapkan prosedur sistem pentadbiran . Ini membawa kepada perlaksanaan pengurusan yang tidak telus.Jadi sampai bilakah fenomena dapat dihentikan?



Jawapannya, memang tiada...inilah yang menjadi dilema kepada pentadbiran  pengurusan sektor awam dan swasta yang tidak adil.Siapa yang menjadi mangsa?Sudah semestinya mereka yang mengikut prosedur dan mangsa yang tiada kuasa kenalan dari segi hubungan keluarga dan kenalan rapat...






No comments:

Post a Comment